Tuesday 16 August 2011

Bonus oh Bonus.....

Akhirnya, hari ini bonus setengah bulan gaji atau minima RM 500 kepada semua kakitangan awam telah dibayar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Sekurang-kurangnya, pemberian bonus ini dapat mengurangkan beban dalam mengahdapi persiapan untuk menyambut Hariraya Aidilfitri yang akan tiba.Namun, masih ada lagi yang tidak puas hati mengapa pemberian bonus ini tidak diseragamkan sahaja.hehehe.....

No comments:

Post a Comment