Daerah Kuala Langat



Asal usul Kuala Langat
              Untuk mengetahui asal-usul Langat secara mudah ia dapat dikaitkan dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Langat. Dari segi kedudukan Langat terletak di kuala sungai tersebut. Menurut sumber lisan ada yang mengatakan bahawa Langat itu berasal dari perkataan Minangkabau yang membawa maksud "air hangat". Menurut sumber ini lagi pada masa dahulu pedagang-pedagang menggunakan Sungai Langat sebagai jalan perdagangan dan mereka mendapati air di bahagian kuala sungai tersebut sentiasa hangat. Lama kelamaan tempat tersebut disebut Kuala Langat.
             Satu lagi sumber lisan menyatakan terdapat banyak ikan selangat di dalam sungai  tersebut. Masyarakat Melayu di sekitar sungai itu dahulu terlibat dengan kegiatan menangkap ikan. Ada logiknya nama Langat dikaitkan dengan banyaknya ikan selangat yang terdapat di sungai itu.